Risiko kebuluran di Gaza makin parah

Risiko kebuluran di Gaza makin parah

KANAK-KANAK Palestin beratur untuk mengambil makanan di pusat bantuan kem pelarian Rafah di selatan Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bantuan yang tidak mencukupi di Gaza menyebabkan risiko kebuluran dalam kalangan penduduk meningkat kepada lebih 40 peratus.

Menurut UNRWA, penduduk bergelut dengan kelaparan yang dahsyat sambil mengulangi seruan untuk gencatan senjata kemanusiaan ketika bom Israel tanpa henti menghujani dari utara ke bahagian selatan wilayah terkepung itu.

“Setiap hari adalah perjuangan untuk terus hidup, mencari makanan dan mencari air.

“Realitinya, kita memerlukan lebih banyak bantuan. Satu-satunya harapan yang tinggal ialah gencatan senjata kemanusiaan,” kata Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Gaza, Thomas White.

Sementara itu, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus turut menggesa masyarakat antarabangsa membantu penduduk yang cedera, kelaparan dan berisiko dijangkiti penyakit yang teruk.

“Keupayaan WHO untuk membekalkan ubat dan bahan api kepada hospital semakin terhad akibat masalah kelaparan dan putus asa orang ramai yang kami temui dalam perjalanan menuju ke hospital.

“Keselamatan kakitangan kami dan kesinambungan operasi bergantung kepada lebih banyak makanan yang tiba di seluruh Gaza,” katanya.

Pasukan WHO dilaporkan melawat hospital Al-Shifa di utara dan hospital Al-Amal Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di selatan untuk menghantar bekalan serta menilai keperluan di lapangan.

Menurut badan itu, 50,000 orang mencari perlindungan di Al-Shifa dan 14,000 lagi berlindung di Al-Amal.

“Di Al-Amal, rakan sekerja melihat kesan daripada serangan baru-baru ini yang melumpuhkan menara radio hospital dan menjejas sistem penghantaran ambulans pusat untuk seluruh kawasan Khan Yunis yang kini dihuni lebih 1.5 juta orang.

Hanya lima daripada sembilan ambulans masih beroperasi, tetapi mustahil untuk berjalan melalui hospital tanpa melangkahi pesakit dan mereka yang mencari perlindungan,” jelasnya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra melaporkan lebih 200 kematian termasuk seluruh keluarga dalam tempoh 24 jam lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya