Ribut petir badai timur Australia

Ribut petir badai timur Australia

GAMBAR dari pemandangan udara menunjukkan kawasan sekitar Cairns di Queensland yang terjejas teruk. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut selepas ribut petir melanda timur Australia semasa perayaan Krismas.

Perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa ketika puluhan ribu hartanah masih tanpa bekalan elektrik.

Cuaca buruk yang membawa hujan lebat dan hujan batu melanda negeri Victoria, New South Wales dan Queensland pada 25 dan 26 Disember lalu.

Angin kencang menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan yang terjejas dan jubin bumbung terbang. 

Lebih 90,000 isi rumah masih terputus bekalan elektrik.

Menurut Pesuruhjaya Polis Queensland, Katarina Carrol, tiga lelaki terbunuh selepas sebuah kapal layar yang membawa 11 penumpang terbalik berhampiran Green Island di Teluk Moreton semasa ribut petir itu.     

Kata polis, dua wanita ditemukan maut berhampiran bandar Gympie selepas dihanyutkan dalam longkang yang ditenggelami air. 

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dihanyutkan dalam longkang ditenggelami air di selatan Brisbane.

Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di tapak perkhemahan di Victoria selepas air banjir surut, manakala dua lagi maut akibat dihempap pokok tumbang.

Justeru, pihak berkuasa memberi amaran paras air sungai dan anak sungai yang naik cepat boleh merobohkan tebing sehingga membanjiri tapak perkhemahan, yang kebiasaannya sesak semasa minggu Krismas serta sambutan Tahun Baharu.

Biro Meteorologi Australia meramalkan hujan berterusan walaupun cuaca buruk itu dijangka reda dalam masa terdekat. 

Dilaporkan, ribut petir berlaku selepas Taufan Tropika Jasper melanda awal bulan ini menyebabkan banjir dan kerosakan teruk di Queensland. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya