Reputasi AS makin tercalar

Reputasi AS makin tercalar

JOE Biden
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Hampir tiga tahun selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memegang jawatan, imej antarabangsa negara itu semakin tercalar apabila pentadbirannya dilihat terlalu menyokong Israel dalam peperangannya dengan Hamas.

REPUTASI MAKIN TERCALAR

AS membenarkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza yang terkepung, selepas memveto dua gesaan awal untuk menghentikan pertempuran.

Tetapi negara itu masih kekal terpisah daripada beberapa sekutu terdekatnya Britain, Perancis dan Jepun yang menyokong resolusi itu sementara pendirian AS yang berkecuali hanya disertai oleh Russia.

Seminggu sebelum itu dalam Perhimpunan Agung penuh, AS disertai oleh hanya dua rakan Eropah, Austria dan Republik Czech.

Tiada satu pun sekutu Asianya mengundi menentang gesaan gencatan senjata yang tidak mengikat dalam serangan balas yang dicetuskan oleh Israel.

Pengarah Program AS di Chatham House London, Leslie Vinjamuri berkata, kebanyakan penggubal dasar Eropah membandingkan situasi kini dengan sokongan padu Biden terhadap Ukraine ketika berhadapan pencerobohan Russia.

“Bagaimana ia berlegar sekarang di seluruh dunia ialah AS mengambil berat tentang Israel, mengambil berat tentang orang Ukraine tetapi benar-benar tidak mengambil berat tentang orang-orang di Asia Barat,” katanya.

MASIH KUASA BESAR

Walaupun Biden dilihat masih secara terbuka menyuarakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan kegagalannya melindungi orang awam Gaza, AS terus memastikan peruntukan ketenteraan dan perlindungan diplomatik terhadap rejim Zionis itu.

Pegawai pentadbiran Biden berkata, tekanan mereka di belakang tabir membuahkan hasil, dengan Israel berganjak untuk membenarkan bahan api, memulihkan akses internet dan membuka lintasan ke Gaza.

“Tetapi dengan imej penderitaan Gaza yang semakin meluas, gambaran Biden memeluk erat Netanyahu erat dan kemudian menekannya dengan kuat secara senyap-senyap hanya berkesan dalam tempoh kurang seminggu,” kata Vinjamuri.

Pengarah Gallup International Asia Barat, Munqith Dagher berkata, tinjauan terhadap enam orang awam Arab bulan lalu menunjukkan hanya tujuh peratus percaya AS memainkan peranan positif dalam perang tersebut.

Reputasi Washington merosot teruk di dunia Arab sejak pencerobohan Iraq dua dekad lalu, tetapi ini 15 hingga 30 peratus masih mempunyai pandangan baik terhadap AS.

“Tanda dagangan AS mewakili banyak perkara yang baik, terutamanya untuk golongan intelektual dan kelas pertengahan seperti demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan bersuara tetapi pendekatannya di Gaza meranapkan reputasi itu.

“Media sosial membawa adegan tidak ditapis dari Gaza kepada orang awam Arab, menunjukkan Washington berat sebelah sepenuhnya terhadap Israel dan menafikan dengan jelas hak asasi manusia Palestin,” kata Dagher yang mengasaskan kumpulan penyelidik Al Mustakilla di Iraq.

Dagher berkata, undian menunjukkan rakyat Arabmenerima baik China, Russia termasuk Iran yang mempunyai ketegangan bersejarah dengan dunia Arab namun memperjuangkan Hamas dalam kalangan kerajaan serantau.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken juga dilihat cuba menggesa dunia untuk mengalihkan kemarahan kepada Hamas yang menyusup masuk ke Israel pada 7 Oktober sebagai punca peperangan tersebut.

Blinken berkata, AS juga sudah melakukan lebih banyak usaha daripada negara lain untuk membawa bantuan ke Gaza.

China cuba mempertingkatkan diplomasi serantau tetapi pentadbiran Biden berusaha untuk menegurnya dengan menggesa Beijing menggunakan pengaruhnya dengan Tehran untuk menghentikan serangan ke atas kapal komersial oleh pemberontak Huthi yang disokong Iran di Yaman.

Naib Presiden Dasar Institut Asia Barat yang berpangkalan di Washington, Brian Katulis berkata, pentadbiran Biden lebih mengutamakan penyelesaian pragmatik yang mahu menangani ancaman Hamas dan bukannya seruan simbolik untuk gencatan senjata walaupun mengetahui kemarahan orang-ramai terhadapnya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya