Ratusan sertai demonstrasi boikot jenama Israel di Oxford Street

Ratusan sertai demonstrasi boikot jenama Israel di Oxford Street

PENUNJUK perasaan pro-Palestin berarak di sepanjang Oxford Street di London.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beratus-ratus orang menyertai perarakan menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan memboikot jenama berkaitan Israel di sepanjang kawasan pusat beli-belah Oxford Street di London.

Keadaan itu memaksa beberapa premis perniagaan termasuk Zara dan Puma di daerah beli-belah paling sibuk sempena sambutan Krismas itu ditutup sementara.

Sisters Uncut, salah satu kumpulan yang menganjurkan perarakan itu menggesa aktiviti membeli-belah dihentikan sehingga gencatan senjata dilaksanakan.

Lapor The Telegraph, lebih 500 penunjuk perasaan bergerak dari Dataran Soho menuju Oxford Circus sambil memegang sepanduk tertulis ‘Tiada aktiviti membeli-belah semasa bom digugurkan’.

Penunjuk perasaan turut mengedarkan risalah kepada pembeli menggesa mereka memboikot barangan dan produk keluaran Israel sehingga rejim  apartheid berusia 75 tahun itu menamatkan penjajahannya di bumi Palestin.

Cawangan Zara turut mengerah pengawal keselamatan berjaga di hadapan premis apabila aktivis meletakkan pelekat pada tingkap kedai dengan slogan ‘Jenama ini menyokong pembunuhan beramai-ramai’ sambil menjerit meminta ia ditutup.

Awal bulan ini, Zara menarik balik iklannya berikutan aduan bahawa ia mengandungi gambar yang menyerupai imej perang Israel-Hamas di Gaza.

Cawangan Omega dan Furla juga terpaksa menutup premis mereka ketika perarakan di sepanjang dua jalan membeli-belah utama di ibu negara itu berlangsung sebelum kembali membuka pintu kepada pelanggan lebih dua jam kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya