Rakyat AS sendiri tidak setuju kerajaan sokong Israel

Rakyat AS sendiri tidak setuju kerajaan sokong Israel

MAHNOOR AHMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Mahnoor Ahmad, iaitu calon Kongres Amerika Syarikat (AS) beragama Islam menegaskan pandangan rakyat negara ini mengenai perang di Gaza berbeza dengan sistem politiknya.

Bercakap kepada Arab News, wanita berusia 32 tahun itu memaklumkan, banyak rakyat AS menggesa supaya gencatan senjata dilakukan segera di Gaza kerana mereka ‘sudah tidak tahan’ menyaksikan penderitaan rakyat Palestin, terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.

“Kita tidak boleh berpaling dan biarkan apa yang berlaku di Gaza. Adalah menjadi satu perkara memalukan jika kita lakukan demikian. Setiap pelosok dunia tahu apa berlaku di Gaza dan apa mereka mahukan untuk rakyat Palestin.

“Ramai yang datang kepada saya (rakyat AS) dan memberitahu mereka tidak menyokong keganasan Zionis di Gaza biarpun kerajaan bersungguh-sungguh menyokong Israel.

“Perkara itu menunjukkan rakyat AS juga tidak bersetuju dengan sistem kerajaan ketika ini, mereka lebih tahu erti kemanusiaan,” katanya.

Jelas Mahnoor, isu kemanusiaan tidak perlu mengambil kira perbezaan agama dan perlu dilakukan bersama-sama.

Katanya, isu kemanusiaan perlu disampaikan secara aman, menyeluruh dan tidak berat sebelah.

“Sebagai negara demokrasi, AS sepatutnya memperjuangkan isu kemanusiaan, kita yang sepatutnya ‘mempersembahkan’ keamanan dan kita tidak seharusnya menyokong apa yang dilakukan Israel di Gaza.

“Kita lebih sanggup melihat wanita dan kanak-kanak di Gaza mati setiap hari tanpa melakukan apa-apa bagi menghentikannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahnoor enggan mengulas sama ada beliau anti-Israel atau pro-Hamas.

Mahnoor yang mewakili parti Demokrat bakal bertanding dalam pilihan raya Kongres untuk daerah Illinois pada Mac tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya