Radio kuasa bateri dapat sambutan di Gaza

Radio kuasa bateri dapat sambutan di Gaza

PENDUDUK Palestin mendengar radio di kem pelarian di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sebelum perang meletus di Gaza, seorang penduduk Palestin tidak pernah menyangka set radio yang sudah lama berhabuk di kedainya akan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan orang ramai.

Radio kuasa bateri yang dijual oleh Mahmud Al-Daoudi menawarkan pelanggannya maklumat dan perkembangan semasa mengenai dunia luar.

Masalah gangguan bekalan elektrik sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Namun, kira-kira 2.4 juta penduduk di wilayah dikepung itu kini berdepan blackout berpanjangan selepas Israel bertindak memutuskan bekalan elektrik dan bahan api.     

Serangan bertubi-tubi dilancarkan Israel sudah meragut hampir 20,000 nyawa penduduk Gaza yang kebanyakannya merupakan wanita dan kanak-kanak. 

Kini, amat mustahil bagi penduduk Gaza menggunakan komputer mahupun menonton televisyen, mengecas semula telefon atau mengakses internet tanpa penjana atau panel solar.

Hanya sejumlah kecil penduduk Gaza yang mampu memilikinya. 

Namun, penduduk dikatakan masih boleh bergantung kepada radio berkuasa bateri untuk mengikuti perkembangan berita semasa.

“Kami mempunyai stok yang banyak namun ia kehabisan sepenuhnya sejak minggu pertama perang.

“Setelah talian telefon dan internet terputus, radio adalah satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang sedang berlaku,” kata Mahmud dari kedainya terletak di Rafah.

Jelas Mahmud, jangka hayat bateri radio yang panjang dilihat sebagai satu lagi kelebihan.

Sebelum konflik meletus di Gaza, sebuah set radio kuasa bateri berharga kira-kira AS$7 (RM32.60), namun kini harganya mencecah sekitar AS$16 (RM74.50).

“Kami juga terpaksa menjual semula radio rosak yang dipulangkan kepada kami disebabkan permintaan tinggi,” katanya.

Dilaporkan, beberapa stesen penyiaran seperti BBC Arabic dan Al Jazeera melancarkan saluran khas untuk membantu memastikan penduduk terjejas mendapatkan perkembangan terkini dan berita semasa. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya