Putin menang perang jika AS tamatkan bantuan kepada Ukraine

Putin menang perang jika AS tamatkan bantuan kepada Ukraine

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengakui Presiden Russia, Vladimir Putin, boleh memenangi perang dengan Ukraine sekiranya Kongres tidak meluluskan pembiayaan baharu kepada negara itu.

Kelmarin, White House mengeluarkan amaran tegas dengan memaklumkan bantuan AS untuk Ukraine akan habis menjelang akhir tahun ini, selain makin ramai anggota Kongres mempertikaikan keperluan terus menyalurkan dana kepada negara itu.

Pengarah belanjawan Presiden AS, Joe Biden, Shalanda Young, dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Mike Johnson (Republikan), mendakwa bantuan ketenteraan kini ‘kering’ dan ia akan ‘menggagalkan’ perjuangan Kyiv menentang pencerobohan Russia.

Biden meminta Kongres pada Oktober lalu meluluskan pakej keselamatan negara yang besar yang bernilai AS$106 bilion (RM495.3 bilion) termasuk bantuan ketenteraan untuk Ukraine serta perang Israel menentang Hamas, tetapi ia tergendala ekoran perpecahan di Capitol Hill.

“Tiada periuk dana ajaib yang tersedia untuk memenuhi keperluan masa kini. Kami kehabisan wang dan hampir kehabisan masa.

“Memutuskan aliran senjata dan peralatan AS akan menggagalkan Ukraine di medan perang, bukan sahaja menggugat risiko keuntungan yang diperoleh Ukraine, malah meningkatkan kemungkinan kemenangan tentera Russia,” tulis Young.

Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan, pula mencadangkan undian dilakukan bagi memutuskan sama ada bantuan boleh disalurkan atau tidak kepada Ukraine.

“Kongres perlu memutuskan sama ada mahu terus menyokong perjuangan untuk kebebasan di Ukraine atau sama ada Kongres akan mengabaikan apa yang sudah kita pelajari daripada sejarah dan membiarkan Putin menang,” ujar Sullivan.

Ukraine sebelum ini begitu mendesak lebih banyak bantuan Barat ketika tentera Russia meningkatkan serangan pada musim sejuk selepas serangan balas Kyiv gagal sepanjang musim panas.

Dengan menjadikan alasan Putin dan Hamas, Biden berusaha mendapatkan AS$61 bilion (RM285 bilion) untuk Ukraine dengan AS$14 bilion (RM65.4 bilion) untuk Israel sejak Oktober lalu, termasuklah pembiayaan untuk sempadan.

Kata Young, AS sudah memperuntukkan AS$111 bilion (RM518 bilion untuk Ukraine sejak Russia menyerang pada Februari 2022, termasuk AS$67 bilion (RM313 bilion) untuk perolehan tentera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya