Putin mahu terus kekal tadbir Russia, bakal tanding pilihan raya presiden tahun depan - Utusan Malaysia

Putin mahu terus kekal tadbir Russia, bakal tanding pilihan raya presiden tahun depan

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin akan bertanding dalam pilihan raya presiden negara itu pada tahun depan untuk mentadbir buat penggal kelima.

Pengumuman tersebut dibuat pada Jumaat lalu dengan ramai menyifatkannya sebagai sesuatu yang dijangkakan dan malah, tidak akan menimbulkan sebarang persoalan.

Ukraine, yang kini berperang dengan Russia, menyatakan ia tidak terkejut dengan keputusan Putin itu.

Penduduk Russia pula yakin bahawa pemimpin mereka itu akan memenangi pilihan raya tersebut.

Seorang penduduk berkata, tiada calon yang lebih baik daripada Putin dan beliau hanya akan mengundi Putin.

Di bawah penyusunan semula perlembagaan yang dilakarkan pada 2020, Putin layak mendapatkan mandat untuk mentadbir buat dua lagi penggal enam tahun selepas tempohnya tamat tahun depan, sekali gus membolehkannya kekal berkuasa sehingga 2036.

Pilihan raya tersebut dijangka diadakan pada 17 Mac tahun depan. Pemenang pilihan raya tersebut bakal menggalas jawatan itu secara rasmi pada Mei tahun depan.

Setakat ini, dua calon lain yang turut mengumumkan hasrat untuk bertanding: mantan penggubal undang-undang Boris Nadezhdin, yang berkhidmat di majlis perbandaran di Moscow, dan Yekaterina Duntsova, seorang wartawan dan peguam dari wilayah Tver di utara Moscow, yang pernah menjadi anggota badan perundangan tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya