Putin enggan berdiri sebelah duta Britain, beri alasan isu kebersihan

Putin enggan berdiri sebelah duta Britain, beri alasan isu kebersihan

VLADIMIR Putin berucap ketika majlis diplomatik di Kremlin namun mengekalkan jarak yang jauh daripada duta-duta luar negara yang hadir.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dilaporkan menolak berdiri dalam jarak dekat dengan duta baharu Britain ke Moscow ketika menghadiri majlis diplomatik yang diadakan di ibu negara kelmarin, mendakwa atas sebab-sebab kebersihan.

Dalam adegan janggal yang menyerupai kemuncak wabak Covid-19, Putin berkeras untuk menjaga jarak yang jauh antara dirinya dan diplomat lain pada acara anjuran Kremlin yang menyaksikan beliau menerima kelayakan diplomatik beberapa duta baharu ke Russia, termasuk wakil Britain, Nigel Casey.

Dalam satu ucapan, Putin menyeru perubahan ke arah yang lebih baik dalam hubungan antara Moscow dan London tetapi sentimen ucapan Presiden Russia itu disangkal oleh tindakannya.

Ketika tiba di kawasan rostrum melalui pintu emas besar yang dihiasi oleh bendera Russia, Putin berdiri jauh lebih 20 meter dari 21 duta berkenaan dan menyampaikan ucapannya dari seberang dewan besar tersebut.

Para duta boleh dilihat sedikit tidak selesa apabila mereka kemudiannya terpaksa berpusing kerana Putin tidak menyapa mereka secara peribadi.

Putin memberitahu wakil-wakil luar yang hadir termasuk duta baharu Jerman dan Australia, beliau tidak dapat bercakap dengan mereka atas sebab kebersihan.

“Malangnya, atas sebab kebersihan, kita tidak boleh bercakap lebih dan bersosial.

“Saya berharap masa yang lebih baik akan tiba, bukan sahaja dalam politik tetapi juga dalam penjagaan kesihatan, dan kita akan dapat melakukannya bersama,” kata Putin dalam ucapannya.

Suasana dingin dalam hubungan antara Britain dan Russia sebelum ini diburukkan dengan keputusan Putin untuk menyerang Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya