Purata 300 penduduk syahid setiap hari di Gaza

Purata 300 penduduk syahid setiap hari di Gaza

SEORANG wanita menangisi pemergian adiknya yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyaksikan jumlah korban penduduk di Gaza secara purata adalah seramai 300 orang sehari dan keadaan itu diburukkan dengan hanya sembilan daripada 36 hospital masih berfungsi.

Sehubungan itu, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kelmarin mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

“Saya sangka konflik di Gaza kali ini akan segera berakhir, namun jangkaan saya meleset sama sekali, malah keadaan ketika ini amat teruk.

“Sudah 20,000 penduduk Gaza terkorban sejak 7 oktober lalu, kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak dengan lebih 52,000 lain cedera.

“Sudah tiga bulan perang ini berlaku dan berapa ramai lagi yang perlu mati?,” katanya.

‘NERAKA DUNIA’

Jelas Tedros, jika dunia tidak mampu menyaksikan apa yang berlaku di Gaza, bagaimana dengan penduduk yang perlu menanggung semua penderitaan terbabit?

Katanya, keadaan di Gaza ketika ini seperti ‘neraka dunia’ dengan penduduknya mengalami kebuluran, bantuan asas amat terhad dan setiap hari ada sahaja orang terbunuh.

“Kita saksikan semua yang berlaku di Gaza, dan semua itu bukanlah perkara yang baik, yang indah, tetapi malapetaka.

ANGGOTA tentera Zionis memeriksa lokasi pertempuran di utara Semenanjung Gaza, Palestin. – AFP

“Tidak sedihkah kita melihat penduduk yang tidak berdosa mati setiap hari? Mereka juga berhak untuk hidup, sama ada susah atau senang,” ujarnya.

TIADA LAGI HOSPITAL DI UTARA GAZA

Dalam pada itu, Tedros memaklumkan, hanya sembilan daripada 36 hospital yang masih berfungsi di Gaza dengan tiada langsung pusat kesihatan beroperasi di utara Gaza.

Katanya, keadaan itu amat teruk memandangkan hospital yang ada hanya mampu beroperasi kurang separuh daripada kapasitinya, sekali gus tidak mampu menampung keperluan penduduk, terutamanya mereka yang cedera dan sakit.

RAYUAN PENDUDUK GAZA

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 1.9 juta penduduk Gaza ketika ini hilang tempat tinggal.

Dipaksa duduk dalam keadaan sesak di pusat perlindungan sementara, kebanyakan penduduk gaza amat terdesak untuk menamatkan perang yang berlaku.

“Mesej saya adalah tamatkanlah semua ini, henti bunuh kami, henti seksa kami.

PENDUDUK Palestin melihat runtuhan bangunan di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza selepas dibedil serangan udara tentera Zionis. – AFP

“Perang ini tiada tujuan, sebaliknya menghancurkan hidup kami,” kata seorang penduduk gaza, Fuad Ibrahim Wadi yang kini berlindung di Rafah.

PBB, ISRAEL BERBALAH

PBB dan Israel saling berbalah mengenai trak bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk ke Gaza melalui lintasan Rafah dan dua lagi laluan, termasuk Kerem Shalom.

PBB mendakwa Israel menyekat banyak trak bantuan, manakala Israel pulak menuduh PBB yang tidak ‘cekap dalam melakukan tugas mereka’ sehinggakan hanya sedikit trak masuk ke Gaza.

Zionis mendakwa, mereka boleh benarkan sehingga 400 trak masuk ke Gaza setiap hari, namun PBB yang gagal membawa lebih banyak bantuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya