Puma tamatkan penajaan pasukan bola sepak Israel

Puma tamatkan penajaan pasukan bola sepak Israel

KEMPEN boikot yang dijalankan oleh atlet Palestin terhadap jenama Puma.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jenama pengeluar pakaian sukan dan kasut Jerman, Puma akan menamatkan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel tahun depan.

Menurut akhbar Financial Times memetik nota dalaman yang dilihat media itu, Puma berkata, keputusan untuk menamatkan penajaan pasukan kebangsaan Israel sudah diambil setahun lalu.

Puma menjelaskan, pihaknya tidak lagi menyediakan peralatan sukan kepada pasukan kebangsaan Israel selepas memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya dengan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA).

Jenama itu berkata, keputusan Puma untuk mengeluarkan Pasukan Kebangsaan Israel daripada senarai penajanya dibuat atas sebab kewangan dan sebagai sebahagian daripada strategi untuk menjadi lebih selektif dalam pemasaran sukan.

“Kontrak beberapa persekutuan seperti Serbia dan Israel akan tamat pada 2024. Penajaan untuk dua pasukan kebangsaan baharu sudah ditandatangani dan akan diumumkan pada akhir tahun ini,” kata jurucakap jenama itu menerusi kenyataan emel.

Puma bagaimanapun menekankan, penamatan penajaan tersebut tidak ada kaitan dengan seruan boikot oleh pengguna di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap penduduk Gaza.

Puma diketahui berada dalam senarai produk yang diutamakan untuk diboikot oleh organisasi Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) yang diterajui oleh Palestin.

Perkongsian antara Puma dan pasukan kebangsaan Israel mencetuskan kemarahan antarabangsa dan gesaan untuk memboikot sepenuhnya semua produk jenama tersebut.

Aktivis menuduh Puma menyokong penempatan haram Israel di Tebing Barat memandangkan IFA termasuk kelab yang berpangkalan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, Puma berulang kali menolak dakwaan itu, mengatakan ia hanya menaja pasukan kebangsaan dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti kelab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya