Polis tingkat rondaan di Dublin selepas insiden tembakan malam Krismas

Polis tingkat rondaan di Dublin selepas insiden tembakan malam Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Polis Ireland meningkatkan meningkatkan rondaan beruniform di Dublin selepas insiden tembakan di sebuah restoran popular di bandar itu pada malam sambutan Krismas.

Seorang lelaki berusia 20-an dilaporkan maut dalam serangan di Browne’s Steakhouse di Main Street di Blanchardstown kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) kelmarin yang turut disaksikan beberapa keluarga dan kanak-kanak yang sedang menjamu selera di restoran itu.

Seorang lelaki berusia 40-an yang cedera dalam kejadian itu dirawat di hospital Connolly dan keadaannya dilaporkan serius.

Menurut penyiar Ireland RTE, siasatan awal mendapati insiden itu mempunyai kaitan dengan dadah dan persengketaan berkaitan senjata api.

Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar menzahirkan rasa terkejut dengan kejadian tembakan itu kerana berlaku di restoran keluarga terkenal yang sering dikunjunginya.

Menteri Kehakiman, Helen McEntee turut mengecam serangan tersebut yang menyasarkan lokasi ramai keluarga berkumpul sempena sambutan Krismas.

“Saya kesal dengan keganasan di Blanchardstown. Kejahatan ini mengakibatkan penderitaan yang tidak dapat dibayangkan pada sambutan hari Krismas.

“Saya tidak dapat membayangkan perasaan keluarga mangsa, mereka yang berada di tempat kejadian dan semua kakitangan perkhidmatan kecemasan yang bekerja menjelang Krismas dan terpaksa berhadapan dengan keganasan yang tidak masuk akal ini,” luahnya di laman Instagram.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya