Polis Sri Lanka tahan 15,000 suspek kes dadah

Polis Sri Lanka tahan 15,000 suspek kes dadah

POLIS Sri Lanka menjalankan aktiviti anti narkotik selama seminggu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Polis Sri Lanka mengumumkan penahanan hampir 15,000 orang dalam kempen anti narkotik selama seminggu yang disokong tentera walaupun tindakan itu dikecam aktivis hak asasi manusia.

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 440 kilogram (kg) dadah dirampas termasuk 272 kg ganja, 35 kg hashish dan sembilan kg heroin menerusi operasi ‘Yuktiya’ atau ‘Keadilan’.

Pihak berkuasa percaya pulau Lautan Hindi itu sering digunakan sebagai tempat transit pengedaran dadah.

Polis dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 13,666 suspek ditangkap manakala hampir 1,100 penagih ditahan dan dihantar untuk menjalani pemulihan di kemudahan yang dikendalikan oleh tentera.

Media tempatan menunjukkan rakaman polis dan tentera menggunakan anjing pengesan untuk menggeledah kediaman di kawasan terlibat.

Peguam Hak Asasi Manusia, Hejaaz Hizbullah berkata, serbuan tersebut menyalahi undang-undang kerana dijalankan tanpa waran geledah dan menggesa mangsa mendapatkan butiran pegawai untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Aktivis Hak Asasi Manusia, Ambika Satkunanathan turut menyiarkan dalam media sosial bahawa pencarian itu bukan berdasarkan bukti tetapi hanya menyasarkan kawasan penduduk miskin.

“Polis hanya menahan penagih dadah dan pengedar kecil-kecilan dan tidak memberi tumpuan kepada pengedar besar-besaran,” tambahnya.

Rampasan dadah terbesar di Sri Lanka dicatatkan pada 2016 melibatkan rampasan lebihi 800 kilogram kokain.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya