Perang Gaza: Dua syarikat perkapalan elak Terusan Suez - Utusan Malaysia

Perang Gaza: Dua syarikat perkapalan elak Terusan Suez

KAPAL kontena Ever Given melalui Terusan Suez di Ismalia, Mesir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Dua firma pengangkutan utama termasuk syarikat perkapalan kontena terbesar dunia, MSC memaklumkan kapal-kapalnya akan mengelak daripada menggunakan Terusan Suez.

Langkah itu diambil ketika anggota kumpulan Houthi di Yaman memperhebatkan serangan ke atas kapal-kapal komersial di Laut Merah.

Kumpulan Houthi disokong Iran menyerang kapal tersebut sebagai tindak balas terhadap perang di Gaza, di laluan yang membolehkan perdagangan Timur-Barat menggunakan Terusan Suez bagi menjimatkan masa dan perbelanjaan apabila mengelilingi Afrika.

Premium insurans berkaitan risiko perang sudah meningkat disebabkan konflik berkenaan.

Menurut Houthi, kapal MSC Palatium III yang mengibarkan bendera Liberia diserang dengan dron di Selat Bab al-Mandab di luar Yaman, di bahagian selatan Laut Merah.

MSC menerusi satu kenyataan memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan namun kapal itu mengalami beberapa kerosakan akibat kebakaran dan operasinya sudah dihentikan.

Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan sebuah lagi kapal membawa bendera Liberia, Al Jasrah Hapag Lloyd terkena serangan peluru berpandu.

Jumaat lalu, syarikat A.P Moller-Maersk Denmark menggantung semua penghantaran kontenanya melalui Bab al-Mandab sehingga dimaklumkan kelak.

Langkah itu turut diikuti oleh syarikat MSC yang berpangkalan di Switzerland dan kumpulan perkapalan Perancis CMA CGM pada keesokan harinya.

“Keadaan menjadi semakin teruk dan wujudnya kebimbangan terhadap keselamatan,” jelas syarikat CMA CGM dalam kenyataan.

Firma perkapalan Jerman, Hapag Lloyd turut memaklumkan akan melakukan perkara yang sama. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya