Penyokong Palestin berarak bawa patung mayat ke butik Zara di UK - Utusan Malaysia

Penyokong Palestin berarak bawa patung mayat ke butik Zara di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Disebabkan tidak sensitif dengan konflik yang berlaku di Gaza, butik pakaian dari Sepanyol, Zara di United Kingdom (UK) terus menerima kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak.

Malah, ada penyokong Palestin melakukan protes di butik pakaian tersebut dengan memulangkan semula pakaian yang dibeli mereka.

Zara sebelum ini diselar pelbagai pihak selepas menyiarkan beberapa imej iklan koleksi pakaian baharunya dengan tema menggambarkan konflik di Gaza.

Banyak pihak menyatakan Zara tidak sensitif langsung mengenai penderitaan yang dialami penduduk Palestin sehingga sanggup mencari publisi murahan seperti itu.

Biarpun sudah menarik balik kempen iklan berkenaan dan Zara sendiri menzahirkan rasa kesal, butik pakaian itu tetap dikecam orang ramai.

Dalam siri protes yang berlaku, ada juga penunjuk perasaan berarak ke Zara sambil membawa patung mayat, serupa seperti yang disiarkan dalam kempen iklan butik pakaian itu sebelum ini.

Menerusi potongan video yang disiarkan DailyMail.uk, para pemprotes memasuki butik dengan membawa bendera Palestin, sepanduk dan ‘jenazah kanak-kanak’ yang ditinggalkan di atas kaunter.

Malah ada butik termasuk di Glaslow terpaksa ditutup kerana protes dan boikot yang dijalankan pro Palestin.

Zara diasaskan Amancio Ortega dan Rosalía Mera pada 1975.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya