Penunjuk perasaan bakar kereta api, empat maut di Bangladesh

Penunjuk perasaan bakar kereta api, empat maut di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh ketika penunjuk perasaan anti-kerajaan bertindak membakar beberapa gerabak kereta api di Bangladesh.

Seorang wanita berusia 32 tahun dan anaknya berumur tiga tahun antara mangsa terbunuh dalam insiden itu.

Kejadian itu berlaku di tengah-tengah protes anjuran pembangkang di seluruh negara yang mendesak kerajaan meletakkan jawatan menjelang pilihan raya umum pada bulan depan.

Ia merupakan perbalahan terbaharu dicetuskan protes anti-kerajaan yang mana puluhan bas dan kenderaan dibakar dan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh sejak 28 Oktober lalu.

“Penyokong protes anti-kerajaan bertindak membakar tiga gerabak kereta api ekspres.

“Empat mayat telah dikeluarkan dari sebuah gerabak kereta api tersebut,” kata pegawai perkhidmatan bomba Shajajahan Shikder.

Menurut polis, setakat ini, tidak dapat dipastikan berapa ramai penumpang berada di dalam kereta api ekspres itu yang menuju ke ibu kota Dhaka dari daerah utara Netrokona.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Awam, Nurul Islam Sujan berkata, selain membakar kereta api itu, beberapa bahagian landasan juga dialihkan di beberapa tempat.

“Jadi, sukar untuk menyediakan keselamatan yang mencukupi di landasan kereta api yang begitu besar,” katanya.

Beliau juga berjanji untuk mengerahkan kira-kira 2,700 anggota separa tentera dalam masa beberapa hari lagi untuk mengawal keselamatan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya