Penduduk Kristian di Gaza juga jadi sasaran serangan Zionis - Utusan Malaysia

Penduduk Kristian di Gaza juga jadi sasaran serangan Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang penembak tepat Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menembak dan membunuh dua wanita di sebuah gereja di Gaza pada Sabtu, menurut kenyataan daripada penyelia gereja Katolik di Baitulmuqaddis.

Majoriti keluarga Kristian di Gaza berlindung di dalam gereja berkenaan sejak perang meletus, tambah kenyataan itu.

Portal berita CNN melaporkan, kedua-dua wanita itu, yang digambarkan sebagai ibu dan anak perempuan, sedang berjalan ke gereja itu dan ‘seorang terbunuh ketika dia cuba membawa seorang lagi ke tempat yang selamat’, kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, tujuh lagi mangsa ditembak dan mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan.

“Tiada amaran dan pemberitahuan diberikan. Mereka ditembak secara kejam dalam premis tidak ada pihak yang inginkan peperangan,” tambah kenyataan itu.

Penyelia gereja berkata, kereta kebal IDF juga menyasarkan gereja Sisters of Mother Teresa yang menempatkan 54 orang kurang upaya dan merupakan sebahagian daripada perkarangan gereja.

Generator yang merupakan satu-satunya sumber elektrik semasa dan sumber bahan api, panel solar dan tangki air telah dimusnahkan, katanya dan roket IDF telah menjadikan gereja itu ‘tidak boleh didiami’.

Pada Jumaat lalu, seorang Ahli Parlimen, United Kingdom (UK), Layla Moran berkata, ahli keluarganya yang berlindung di dalam gereja itu berasa ‘terlalu terdesak dan ketakutan’ kerana keadaan terus bertambah buruk.

“(Keluarga saya) melaporkan fosforus putih (bom) dan tembakan menuju ke perkarangan mereka.

“Pemungut tong sampah dan petugas kebersihan telah ditembak dan mayat mereka terbaring di luar dan masih belum diambil,” katanya.

CNN tidak boleh mengesahkan keadaan di dalam dan sekitar gereja, mahupun dakwaan penggunaan senjata api, yang boleh menyalahi undang-undang dalam beberapa keadaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya