Keluarga mahu tebusan dibebaskan tanpa kecederaan, desak Netanyahu runding dengan Hamas - Utusan Malaysia

Keluarga mahu tebusan dibebaskan tanpa kecederaan, desak Netanyahu runding dengan Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Keluarga dan penyokong tebusan yang masih ditahan di Gaza menuntut Israel mengemukakan tawaran kepada pemimpin Hamas untuk memulangkan orang yang tersayang tanpa cedera.

Bekas tahanan Hamas, Raz Ben Ami turut memberi amaran kepada Kabinet Israel bahawa pertempuran di Gaza akan membahayakan nyawa tebusan.

“Israel mesti menawarkan satu lagi perjanjian pembebasan tebusan bagi mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar.

Keluarga itu berkumpul di Tel Aviv sehari selepas tiga tebusan tersilap dibunuh oleh tentera Israel di Gaza.

Lebih 100, wanita, kanak-kanak, remaja dan warga asing telah dibebaskan dalam perjanjian yang dicapai pada akhir November.

Lebih 100 tebusan masih berada di Gaza, kata pihak berkuasa.

Pejuang Hamas menahan 240 tebusan dalam serangan pada 7 Oktober lalu.

Israel kemudian melancarkan serangan balas, di mana pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata, lebih 19,000 rakyat Palestin telah terbunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya