Penduduk Gaza terpaksa berlapar lebih 10 kali

Penduduk Gaza berlapar lebih 10 kali

KANAK-KANAK Palestin mengambil makanan di pusat derma di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pertubuhan Program Makanan Sedunia (WFP) yang di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran berlaku batasan akses makanan dan minuman yang terlalu teruk di Semenanjung Gaza ketika ini.

Ketuanya, Cindy McCain berkata, sistem kemanusiaan di Gaza semakin lumpuh hari demi hari.

“Semua orang kelaparan di Gaza, mereka tiada makanan atau minuman yang mencukupi dan bagi beberapa hari, ada yang langsung tidak makan.

“Bagaimana mereka boleh bertahanan dengan keadaan seperti itu? Jika mereka tidak mati kena bom tentera Israel, mereka mungkin akan mati sebab kelaparan,” katanya.

Menurut WFP, sebanyak 97 peratus isi rumah Palestin di kawasan utara wilayah itu dan 83 peratus lagi di bahagian selatan tidak memperoleh bekalan makanan yang mencukupi.

Sebahagian besar daripada penduduk Gaza langsung tidak menjamah makanan dalam seharian.

“Dianggarkan sekitar 88 peratus isi rumah di wilayah pentadbiran utara dan sekitar 54 peratus di wilayah pentadbiran selatan dilaporkan menjalani hidup dengan sekurang-kurangnya sehari semalam tidak menjamah sebarang makanan sejak empat minggu lalu kerana bekalan makanan tidak mencukupi,” kata WFP dalam laporan terbaharunya.

Selain itu, sebanyak 20 peratus isi rumah di utara dan 14 peratus di selatan Gaza terpaksa berlapar lebih daripada 10 kali.

Penduduk di Gaza berdepan krisis bahan api yang berkurangan selepas Israel melarang bantuan kemanusiaan membawa masuk bahan api ke wilayah itu.

Tentera Zionis khuatir jika bahan api itu digunakan oleh kumpulan pejuang Hamas untuk melancarkan lebih banyak serangan ke Israel.

Bagi mendapatkan sumber api, penduduk Gaza akan menggunakan kayu yang diperoleh daripada runtuhan bangunan untuk memasak dan kegunaaan harian.

Namun, penggunaan bahan seperti itu boleh menjejaskan kesihatan termasuk risiko gangguan sistem pernafasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya