Pelancong 'mati terkejut' ketika buat bungee jumping di Macau

Pelancong ‘mati terkejut’ ketika buat bungee jumping di Macau

MACAU Tower terkenal dengan aktiviti bungee jump tertinggi di dunia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACAU: Seorang pelancong berusia 56 tahun maut selepas melakukan aktiviti terjun lelabah atau bungee jumping tertinggi dunia di China.

Lelaki dari Jepun itu dilaporkan melakukan terjunan dari Menara Macau yang terletak di pantai selatan China.

Menurut laporan, mangsa mula mengalami sesak nafas sejurus selepas melakukan terjunan setinggi 233 meter kira-kira jam 4.30 petang Ahad lalu.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Conde S. Januário di Macau untuk rawatan kecemasan tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Syarikat Skypark oleh AJ Hackett yang menjalankan aktiviti lompat bungee dan acara lain di Menara Macau berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes tersebut.

Menurut syarikat tersebut, sebelum terjun dari menara, pelanggan diminta untuk mendedahkan sebarang keadaan perubatan termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau pembedahan terdahulu.

“AJ Hackett Macau Tower Limited berasa sedih dengan kematian seorang pelancong berikutan masalah kesihatan di Menara Macau yang berlaku selepas lompatan selesai.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Keselamatan adalah keutamaan kami dan setiap pelanggan tertakluk kepada prosedur keselamatan yang ketat. Pelancong itu sudah mengikut semua keperluan keselamatan sebelum melakukan lompatan,” jelas syarikat itu dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya