Pekerja kilang alami masalah kulit, sesak nafas akibat serbuk perisa Doritos 

Pekerja kilang alami masalah kulit, sesak nafas akibat serbuk perisa Doritos 

KEREPEK nacho Doritos perasa Flamin Hot.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADELAIDE: Syarikat pengeluar makanan ringan The Smith memasang kipas tambahan di sebuah kilang di Adelaide selepas pekerjanya mendakwa mengalami masalah pernafasan dan keradangan kulit ketika mengendalikan serbuk perisa yang digunakan dalam kerepek nacho Doritos.

SafeWork SA sedang menyiasat dakwaan itu selepas kesatuan sekerja mendakwa kakitangan di kilang makanan ringan Adelaide membangkitkan kebimbangan keselamatan tentang pengendalian bahan yang sangat merengsakan secara tidak wajar.

Dalam laporan yang dihantar kepada pengawal selia tempat kerja, kesatuan itu berkata, serbuk perisa untuk kerepek Doritos Flamin Hot tersebar di ruang udara seluruh kawasan pengeluaran kilang setiap beberapa minggu dari mesin perasa.

“Selepas menemu bual 13 pekerja dari syif petang, 11 orang melaporkan pelbagai kesan, termasuk bersin, batuk, kerengsaan mata dan kulit, hidung berair, sakit tekak, ketidakselesaan dada dan kesukaran bernafas,” kata laporan kesatuan itu.

Kesatuan itu turut mendakwa syarikat tersebut gagal mengekalkan sistem kerja dan kawasan pembuangan sisa yang selamat di kilang itu.

Jurucakap PepsiCo yang memiliki syarikat berkenaan berkata, pihaknya sudah mengambil maklum tentang masalah itu dan menegaskan keselamatan pekerjanya adalah keutamaan pihaknya.

“Kami mengikut beberapa prosedur dan protokol keselamatan apabila menghasilkan produk terutamanya melibatkan perasa yang pedas.

“Untuk mempertingkatkan lagi langkah-langkah ini, kami mewajibkan pemakaian topeng muka semasa pengeluaran produk ini dan memasang kipas pengekstrakan tambahan.

“Kami komited untuk bekerjasama dengan pekerja dan kesatuan sekerja kami untuk menangani sebarang kebimbangan selanjutnya,” jelasnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya