PBB terdesak akhiri perang Gaza, guna Artikel 99 cari penyelesaian

PBB terdesak akhiri perang Gaza, guna Artikel 99 cari penyelesaian

PENDUDUK Palestin mencari mangsa terperangkap bawah runtuhan bangunan menggunakan lampu dari telefon bimbit mereka di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menzahirkan rasa amat bimbang dan takut dengan situasi perang di Gaza ketika ini.

Beliau menyatakan keadaan di Gaza terlalu teruk dengan setaip hari ada sahaja kematian melibatkan penduduk awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sehubungan itu, buat pertama kali dalam pentadbirannya di PBB, Guterres merujuk situasi di Gaza kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dengan mengguna pakai Artikel 99 Piagam PBB.

Menerusi artikel itu, Guterres menyeru semua ahli UNSC mencari jalan penyelesaian segera bagi mengelakkan bencana kemanusiaan di Gaza.

Beliau mengirim surat kepada Presiden UNSC, Jose de La Gasca kelmarin dengan mengguna pakai Artikel 99 Piagam PBB, menurut jurucakapnya, Stephane Dujarric dalam kenyataan.

“Ini adalah kali pertama Guterres melakukan tindakan itu sejak beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB pada 2017,” kata Dujarric.

Artikel 99 memberikan kuasa kepada Setiausaha Agung untuk ‘mengemukakan perhatian kepada Majlis Keselamatan mengenai apa-apa perkara yang menurut pendapatnya boleh mengancam kelestarian keamanan antarabangsa’.

Dalam suratnya, Guterres menyatakan konflik tersebut telah mencipta ‘penderitaan manusia yang mengerikan, kemusnahan fizikal,dan trauma kolektif di seluruh Israel dan wilayah Palestin yang diduduki’.

Bakan, dengan tegas Ketua PBB itu memberi penekanan berhubung penderitaan penduduk Gaza yang digambarkan beliau menghadapi “bahaya serius” setiap hari.

“Tidak ada perlindungan yang efektif untuk orang awam, tiada tempat yang selamat di Gaza.

“Dalam situasi ini, dengan serangan berterusan oleh tentera Israel, tanpa perlindungan atau keperluan asas untuk bertahan hidup, saya menjangkakan ketertiban awam akan terganggu tidak lama lagi, menjadikan bantuan kemanusiaan yang terhad juga tidak mungkin dapat dihulurkan,” katanya.

Beliau turut memberi amaran situasi boleh menjadi lebih teruk jika penyebaran penyakit mencapai tahap wabak dan penghijrahan besar-besaran pula mencetus ‘tekanan’ terhadap negara-negara jiran.

Pada perenggan terakhir suratnya, Guterres menyeru ahli-ahli UNSC ‘mendorong mengelakkan berlaku bencana kemanusiaan’ selain menyokong seruannya agar gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya