ISLAMABAD: Pakistan melarang sambutan ambang Tahun Baharu di negara itu bagi mempamerkan solidariti bersama rakyat Palestin di Gaza.
Perdana Menteri, Anwar-ul-Haq Kakar berkata, keputusan itu diabil kerana situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza, di mana Israel membunuh lebih 21,300 orang termasuk 9,000 kanak-kanak sejak 7 Oktober lalu.
“Seluruh negara Pakistan dan umat Islam amat sedih dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang tertindas, terutamanya pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak yang tidak berdosa di Gaza dan Tebing Barat.
“Justeru itu, larangan mengadakan sebarang sambutan Tahun Baharu akan dikuatkuasakan,” katanya.
Malam Tahun Baharu biasanya disambut dengan meriah di Pakistan, dengan bunga api dan tembakan dari udara serta cuti pada 1 Januari.- AFP