Pakar arkeologi, penyelidik bertelagah isu piramid tertua dunia di Indonesia

Pakar arkeologi, penyelidik bertelagah isu piramid tertua dunia di Indonesia

KUMPULAN penyelidik mendakwa piramid tertua dunia berada di gunung Padang di Jawa Barat, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Beberapa ahli arkeologi mengecam kenyataan sekumpulan penyelidik yang mendakwa sebuah piramid purba tersembunyi di bawah Gunung Padang di Indonesia, dipercayai merupakan piramid paling tua dunia.

Bulan lalu, kumpulan penyelidik mendakwa piramid itu dibina bermula Zaman Ais terakhir iaitu lebih 16,000 tahun lalu sekaligus menunjukkan Gunung Padang berkemungkinan berusia 10,000 tahun lebih tua berbanding semua monumen dan piramid Giza di Mesir serta binaan batu terkenal England, Stonehenge.

Malah, pasukan penyelidik menerusi jurnal Archaeological Prospection menyatakan Gunung Padang boleh menjadi lebih dua kali ganda usia megalith purba tersebut.

Dakwaan itu menjadi tajuk utama berita seluruh dunia namun mendapat kecaman hebat daripada ramai ahli arkeologi yang menegaskan tiada satu pun bukti dikemukakan kumpulan penyelidik memberi justifikasi kesimpulan mereka mengenai zaman purba Gunung Padang.

Memetik laporan The Guardian, pasukan arkeologi berpendapat penempatan di tapak purba itu mungkin dibina sekitar 6,000 hingga 7,000 tahun dahulu.

“Data dibentangkan dalam kertas kerja ini tidak memberi sokongan untuk kesimpulan terakhir mereka bahawa penempatan itu sudah sangat lama. Namun, itulah yang mendorong menjadi tajuk utama.

“Saya amat terkejut kertas kerja ini diterbitkan seperti sedia ada,” kata ahli arkeologi dari Universiti Cardiff, Flint Dibble.

Bantahan itu memaksa pengarang jurnal Archaeological Prospection melancarkan siasatan segera.

“Siasatan itu boleh menangani kebimbangan dibangkitkan oleh pihak ketiga mengenai kandungan saintifik kertas kerja kami.

“Kami secara aktif terlibat dalam menangani kebimbangan ini,” kata pengarang utama kertas kerja, Prof. Danny Hillman Natawidjaja pada minggu lalu.

Danny merupakan ahli geologi dari agensi penyelidikan dan inovasi kebangsaan Indonesia.

Kontroversi itu didorong penemuan bahawa kertas kerja itu dibaca pruf oleh penulis Graham Hancock.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya