Netanyahu berang Russia bela Palestin

Netanyahu berang Russia bela Palestin

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berang apabila Russia terus bersikap anti-Israel dan mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza.

Dalam ucapan di Forum Doha kelmarin, Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov menegaskan Russia terus berpihak kepada Palestin.

“Saya tidak hipokrit, Russia tidak hipokrit, kami sokong siapa yang benar, siapa yang ditindas.

“Apa yang berlaku di Gaza ketika ini jelas satu penindasan dan kekejaman,” katanya.

Lavrov juga menyatakan adalah tidak adil untuk Israel melakukan hukuman kolektif terhadap penduduk Palestin dengan menjadikan Hamas sebagai alasan.

Katanya, operasi Hamas di Israel pada 7 Oktober lalu bukanlah berlaku dalam sekelip mata dan ia terjadi akibat penindasan Zionis yang berterusan.

“Mereka sudah lama ditindas, dizalimi oleh Zionis, jadi anda fikir kenapa Hamas serang Israel?,” Soalnya.

Selain itu, Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengecam operasi ketenteraan Israel di Gaza dan menyatakan negara haram itu tidak mempunyai hak untuk mempertahankan diri.

Berhubung kenyataan itu, Israel menzahirkan rasa kecewa dan marah dengan sikap Russia yang berpihak kepada Palestin.

Menerusi surat yang dikeluarkan oleh pejabat Netanyahu, pemimpin negara haram itu mendakwa ‘mana-mana negara yang berdepan dengan serangan pengganas seperti Israel, pasti akan menggunakan tindakan yang sama, malah lebih teruk dari Israel’.

Surat itu merujuk tindakan tentera Israel yang menyerang Gaza bagi menghapuskan Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya