Muka lelaki bengkak gigi dicabut tukang cuci

Muka lelaki bengkak gigi dicabut tukang cuci

SEORANG lelaki menderita lebih sebulan selepas mendapat rawatan doktor palsu di sebuah klinik di Istanbul, Turkiye
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Seorang lelaki Turkiye terpaksa menahan kesakitan lebih sebulan selepas empat batang giginya dicabut oleh seorang tukang cuci yang menyamar sebagai doktor gigi di sebuah klinik di Istanbul.

Menurut dokumen berkaitan kes itu yang dikemukakan di Mahkamah Sivil Istanbul, Hakan Yildirim, 42, menghubungi klinik pergigian di daerah Kagıthane untuk membuat temujanji kecemasan kerana mengalami sakit gigi.

Panggilannya dijawab oleh Cemal Senaslan, yang memperkenalkan dirinya sebagai doktor gigi dan memberitahu Yildrim untuk datang ke klinik pada waktu petang bagi memeriksa masalah giginya.

Senaslan yang mengaku menjadi pensyarah di universiti pergigian, berjaya meyakinkan Yıldırım untuk menjalankan prosedur mencabut giginya walaupun ketika itu gusinya masih bernanah.

Selepas menanggung prosedur yang menyakitkan, Yildrim diarah membayar 1,000 lira (RM161) sebelum pergi ke farmasi dengan preskripsi yang ditandatangani oleh Şenaslan.

Namun ahli farmasi cuba mengenakan bayaran kerana insurans perubatan dimiliki Yildrim hanya boleh dituntut menggunakan preskripsi dicop oleh doktor yang sah.

Apabila kembali ke klinik itu keesokan harinya, Yildrim terkejut mengetahui doktor sebenar di premis perubatan itu adalah İbrahim Levent C dan Senaslan sebenarnya bertugas membersihkan klinik tersebut pada waktu malam.

Yildrim kemudian mengemukakan saman selepas wajahnya membengkak dan mengalami lebam di sekitar mata selama lebih sebulan akibat rawatan dibuat Senaslan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun kepada doktor gigi palsu itu dan memaksanya membayar pampasan atas trauma yang dialami Yildrim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya