Menara condong Bologna ditutup, dibimbangi runtuh

Menara condong Bologna ditutup, dibimbangi runtuh

KEADAAN Menara Garisenda dikesan semakin condong dan tidak stabil.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOLOGNA: Kawasan menara zaman pertengahan di bandar Bologna, Itali yang condong seperti menara terkenal Pisa terpaksa ditutup selepas pihak berkuasa bimbang bangunan tersebut  mungkin runtuh.

Pihak berkuasa mula membina penghadang setinggi lima meter di sekitar Menara Garisenda Abad ke-12 untuk menahan serpihan yang dikhuatiri jatuh dari bangunan itu.

Menara setinggi 47 meter yang condong pada sudut empat darjah itu didapati semakin tidak stabil dan majlis perbandaran berkata keadaan itu ‘sangat kritikal’.

Menara Garisenda merupakan satu daripada dua menara yang mendominasi latar langit Bologna.

Struktur itu dibina antara tahun 1109 dan 1119 walaupun ketinggian Menara Garisenda dikurangkan pada Abad ke-14 kerana sudah mula condong dan pernah disebut dalam puisi popular Ahli Falsafah Itali, Dante Alighieri bertajuk The Divine Comedy.

Tapak berkenaan pertama kali ditutup pada bulan Oktober selepas alat penderia mengesan perubahan pada kecondongan menara itu dan pemeriksaan mendedahkan kemerosotan bahan yang membentuk struktur asasnya.

Majlis Perbandaran Bologna melancarkan pelan perlindungan awam untuk memelihara menara tersebut dan plaza di sekitarnya mungkin terpaksa ditutup selama beberapa tahun sementara kerja-kerja pemulihan dijalankan.

Kos membina penghadang menelan belanja sekitar 4.3 juta euro (RM21.86 juta) dan pihak majlis perbandaran dilaorkan melancarkan kutipan dana untuk membiayai  projek tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya