Majoriti negara sokong resolusi gencatan senjata, tak tahan lihat

Majoriti negara sokong resolusi gencatan senjata, tak tahan lihat kekejaman di Gaza

Rakyat Palestin memeriksa kemusnahan di bangunan kediaman akibat pengeboman Israel di Rafah di selatan Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Majoriti negara anggota yang menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) mengundi menyokong resolusi menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, sekali gus memperlihatkan pendirian dunia yang sudah tidak tahan melihat kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestin.

Resolusi tersebut diluluskan dengan 153 negara mengundi menyokong, 23 berkecuali dan 10 negara mengundi menentang, termasuk Israel dan Amerika Syarikat (AS). 

Walaupun resolusi itu tidak mengikat, ia berfungsi sebagai petunjuk pendapat global terhadap isu itu.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong draf resolusi yang baru sahaja diterima pakai dengan majoriti besar.

“Ini mencerminkan kedudukan antarabangsa untuk meminta penguatkuasaan resolusi ini,” kata Duta Besar Arab Saudi ke PBB, Abdulaziz Alwasil.

Duta Besar Mesir untuk PBB, Osama Abdelkhalek menyebut draf resolusi itu seimbang dan neutral dengan menyatakan ia menyeru perlindungan orang awam di kedua-dua belah pihak serta pembebasan semua tawanan.

Undian itu dibuat ketika tekanan antarabangsa semakin memuncak terhadap Israel untuk menamatkan serangannya ke atas Gaza yang sudah mengorbankan 18,412 rakyat Palestin majoritinya wanita dan kanak-kanak.

Lebih 80 peratus daripada 2.3 juta penduduk Gaza juga kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan di wilayah itu sehingga digelar ‘neraka di bumi’ oleh pegawai PBB.

Undian kelmarin dibuat berikutan kegagalan resolusi dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat lalu yang turut menggesa gencatan senjata kemanusiaan.

AS memveto cadangan itu, memberikan undi tidak setuju tunggal hingga memusnahkan laluannya. 

Selepas resolusi tersebut gagal, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengambil langkah luar biasa dengan menggunakan Artikel 99 Piagam PBB, yang membolehkan beliau mengeluarkan amaran tentang ancaman serius terhadap keamanan antarabangsa. 

Kali terakhir artikel tersebut digunakan pada tahun 1971.

“Dengan setiap langkahnya, AS kelihatan semakin terasing daripada arus perdana pendapat PBB,” kata pengarah PBB di International Crisis Group, Richard Gowan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya