Mahkamah AS putuskan Twitter langgar kontrak, gagal bayar bonus - Utusan Malaysia

Mahkamah AS putuskan Twitter langgar kontrak, gagal bayar bonus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memutuskan syarikat media sosial, Twitter yang kini dijenamakan sebagai X melanggar kontrak susulan gagal membayar bonus prestasi tahunan seperti yang dijanjikan secara lisan kepada pekerjanya.

Tuntutan pelanggaran konrak itu difailkan oleh bekas pengarah kanan, Mark Schobinger.

Menerusi saman yang difailkan pada Jun lalu, Twitter didakwa menjanjikan bonus prestasi kepada pekerja jika mereka kekal bersama syarikat itu hingga tarikh akhir kemungkinan pembayaran pada suku pertama tahun ini.

Mahkamah menolak cubaan Twitter untuk mengetepikan kes berkenaan dengan memutuskan bahawa tuntutan Schobinger berhubung pelanggaran kontrak bawah undang-undang California adalah sah.

Hakim Daerah AS, Vince Chhabria dalam penghakimannya berkata, Schobinger secara wajar  menyatakan tuntutan membabitkan dakwaan pelanggaran kontrak di bawah undang-undang California.

“Beliau mendakwa Twitter berjanji secara lisan untuk membayar setiap pekerja, sebahagian daripada bonus dipertimbangkan.

“Justeru, Twitter melanggar kontrak terbabit apabila didakwa menolak untuk membayar bonus yang dijanjikan kepada Schobinger,” kata Vince.

Bagaimanapun, X masih boleh merayu keputusan mahkamah itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya