Lima senator desak Biden kenakan larangan perjalanan ke China

Lima senator desak Biden kenakan larangan perjalanan ke China

UTARA China melaporkan peningkatan kes jangkitan seperti influenza sejak pertengahan Oktober lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Lima senator Republikan meminta pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengeluarkan larangan perjalanan ke China berikutan peningkatan kes penyakit pernafasan di negara itu.

Perkara itu disuarakan menerusi surat yang ditandatangani bersama, diketuai oleh anggota tertinggi Republikan dalam Jawatankuasa Perisikan Senat, Marco Rubio.

Selain Rubio, empat lagi Senator termasuk JD Vance, Rick Scott, Tommy Tuberville dan Mike Braun turut menandatangani surat itu.

“Kita harus segera menyekat perjalanan antara AS dan China sehingga kita mengetahui lebih lanjut tentang bahaya yang ditimbulkan oleh penyakit baharu ini,” jelas surat itu.

Peningkatan kes penyakit pernafasan di China menjadi isu global minggu lalu apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta negara itu untuk mendapatkan maklumat lanjut, memetik laporan mengenai kelompok radang paru-paru yang tidak didiagnosis pada kanak-kanak oleh Program Pemantauan Kemunculan Penyakit.

Pemangku Pengarah Jabatan Epidemik, Kesiapsiagaan dan Pencegahan Pandemik WHO, Maria Van Kerkhove mengakui berlaku peningkatan penyakit berkaitan pernafasan awal minggu ini.

Jelas beliau, peningkatan itu dikesan didorong oleh peningkatan bilangan kanak-kanak yang dijangkiti patogen yang dielakkan selama dua tahun berikutan sekatan Covid-19.

Seorang pegawai pentadbiran Biden berkata, AS memantau dengan teliti peningkatan penyakit pernafasan di China, tetapi menyatakan kes itu dilihat sebagai trend bermusim.

Jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu ketika memberi maklum balas kepada surat Rubio berkata, tuduhan itu adalah rekaan yang berniat jahat dan China dengan tegas menolak dakwaan itu.

Sejak beberapa bulan lalu, AS dan China meningkatkan penerbangan antara negara walaupun bilangannya jauh di bawah paras pada 2019.

Bilangan yang diluluskan pada 9 November meningkat kepada 35 penerbangan setiap minggu bagi setiap negara, pertambahan lebih dua kali ganda berbanding 12 penerbangan seminggu pada Ogos lalu.

Pada Januari lalu, AS mewajibkan penumpang udara untuk mendapatkan ujian saringan selepas keputusan Beijing menarik balik dasar sifar Covid-19 yang ketat, namun keperluan itu dibatalkan pada bulan Mac. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya