Lelaki terperangkap celah tebing pantai selama 3 hari 

Lelaki terperangkap celah tebing pantai selama 3 hari 

PASUKAN penyelamat cuba membawa keluar seorang lelaki yang terperangkap pada lubang selebar 45.7cm. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SACRAMENTO: Seorang lelaki yang berdepan detik cemas selepas terperangkap di tepi tebing pantai di California selama tiga hari, akhirnya berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat.

Keseluruhan operasi menyelamat lelaki terperangkap pada tebing yang curam itu memakan masa hampir 24 jam.

Lapor San Diego Union-Tribune, insiden itu berlaku di Sunset Cliffs di San Diego, California. 

Ketika kejadian, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar lelaki itu selepas mangsa terjatuh sebelum terperangkap pada lubang tebing selebar 45.7 sentimeter (cm) selama beberapa hari. 

Dilaporkan, usaha menyelamat yang mengambil masa lebih 19 jam itu dilaksanakan oleh pasukan penyelamat dengan bantuan Jabatan Bomba San Diego (SDFD).

SDFD menyifatkan operasi menyelamat lelaki terperangkap itu sebagai amat mencabar.

“Lokasi kejadian itu amat berbahaya bagi pasukan penyelamat dan mangsa.

“Malah, saiz lubang itu juga merupakan cabaran tambahan ketika melakukan operasi menyelamat mangsa,” jelas SDFD dalam kemas kini di media sosial.

Lelaki itu dilaporkan tergelincir dan terjatuh di bawah batu pecah berhampiran tebing dan kemudiannya terperangkap di celah kecil.    

“Aduan diterima daripada sekumpulan remaja yang memaklumkan terdengar mangsa menjerit meminta bantuan. Mereka kemudian menghubungi talian 911,” lapor akhbar itu.

Menurut laporan itu, pasukan penyelamat menggunakan bahan letupan mikro untuk memecahkan batu berat itu dan berjaya membawa keluar mangsa.

“Selepas diselamatkan, lelaki itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa mengalami kecederaan namun dia terjaga semasa operasi menyelamat sedang dilaksanakan,” jelas laporan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya