Lelaki cari pemilik baharu untuk ayam belanda

Lelaki cari pemilik baharu untuk ayam belanda

KELUARGA Griffiths mengambil ayam belanda bernama Lurky sebagai haiwan angkat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki yang membela ayam belanda selama empat bulan kini sedang mencari pemilik baharu selepas mendapati haiwan peliharaannya menjadi agresif dan mencetuskan masalah.

Paul Griffiths, 53, melakukan demikian agar haiwan kesayangannya tidak dibunuh dan dimasak sebagai hidangan makan malam sempena sambutan Krismas yang akan datang.

Lapor Daily Mail, Paul mengambil ayam belanda bernama Lurky sebagai haiwan angkat kira-kira empat bulan lalu untuk mendiang isterinya yang lebih mesra dikenali sebagai crazy chicken lady.

Dia juga membeli sebanyak 17 ekor itik dan tiga ekor ayam untuk dipelihara bersama Lurky di rumah ladang mereka di Wisbech, Cambridgeshire di England.

Kini, Paul dan anak perempuannya, Ophelia memaklumkan ayam belanda peliharaannya mencetuskan huru-hara di rumah selepas menjadi agresif.

Jelas mereka, Lurky juga pernah menyerang dan mengejar keluarganya di sekitar taman.

Oleh itu, Paul memutuskan untuk mencari pemilik baharu bagi Lurky yang juga sedang `menakut-nakutkan’ haiwan peliharaannya yang lain.

Namun, dia mahu Lurky diambil sebagai haiwan angkat dan bukannya dijadikan hidangan makan malam sambutan Krismas.

Menurut Paul dan Ophelia, mereka tidak dapat menjaga ayam belanda itu lagi kerana kerap menjadi agresif. 

Malah, kata Ophelia, Lurky juga sering mencuri makanan di dapur rumahnya.

“Pada mulanya, Lurky sangat mesra dengan keluarga kami selepas mengambilnya sebagai haiwan angkat.

“Tetapi lama-kelamaan, ayam belanda itu bertindak agresif. Lurky juga pernah cuba menyerang dan mengejar kami di sekitar taman,” katanya.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya