Lebih sejuta orang guna HSR Indonesia dalam tempoh dua bulan

Lebih sejuta orang guna HSR Indonesia dalam tempoh dua bulan

KERETA api berkelajuan tinggi (HSR) Whoosh. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Lebih sejuta orang dilaporkan menggunakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Indonesia dalam tempoh dua bulan selepas mula beroperasi pada Oktober lalu.

Kereta api diberi nama Whoosh itu merupakan HSR pertama di Asia Tenggara yang menghubungkan Jakarta sehingga Bandung. 

Lapor CNBC Indonesia, syarikat PT Kereta Api Cepat Indonesia China (KCIC) memaklumkan seramai 1,028,216 penumpang menggunakan perkhidmatan Whoosh dari 17 Oktober sehingga 25 Disember 2023.   

Jumlah penumpang tertinggi yang direkodkan adalah sebanyak 21,500 penumpang sehari termasuk tempoh cuti akhir tahun semasa.

Presiden KCIC, Dwiyana Slamet Riyadi berkata, angka itu menunjukkan minat dan keyakinan orang ramai yang tinggi terhadap pengangkutan awam yang moden di Indonesia. 

“KCIC mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang menggunakan perkhidmatan Whoosh.

“Ini adalah satu bentuk motivasi bagi kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. 

Berdasarkan satu kaji selidik, sebanyak 48 peratus penumpang Whoosh sebelum ini merupakan pengguna kenderaan peribadi.

Selain itu, pencapaian merekodkan lebih sejuta penumpang dalam tempoh dua bulan juga terbukti bahawa perkhidmatan Whoosh mendapat kepercayaan rakyat dan menjadi mod pengangkutan pilihan untuk perjalanan Jakarta-Bandung.

Sejak mula beroperasi pada Oktober lalu, operasi Whoosh berjalan lancar dan mencatatkan sifar kes kemalangan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya