BEIJING: Lebih 100 orang maut, manakala 96 lagi cedera akibat gempa bumi yang melanda wilayah sempadan Gansu-Qinghai di China, hari ini.
Pusat Seismologi Eropah Mediterranean (EMSC) menetapkan gempa bumi berkenaan dengan magnitud 6.1 di rantau itu.
Reuters melaporkan gempa itu berada pada kedalaman 35 kilometer dengan pusat gempa terletak 102 kilometer ke barat-barat daya Lanzhou, China, menurut EMSC.
Suruhanjaya Kebangsaan China bagi pencegahan, pengurangan dan bantuan bencana serta Kementerian Pengurusan Kecemasan sudah mengaktifkan bantuan kecemasan bencana peringkat empat, menurut AFP.