Lebih 80 atlet Palestin terbunuh dalam serangan Zionis di Gaza - Utusan Malaysia

Lebih 80 atlet Palestin terbunuh dalam serangan Zionis di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya 85 atlet Palestin terbunuh dalam serangan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat antara 7 Oktober dan 6 Disember.

Menurut laporan Persatuan Bola Sepak Palestin yang disiarkan pada Khamis, kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.

Mangsa terdiri daripada 55 pemain bola sepak dan 30 atlet dalam pelbagai sukan lain.

Menurut laporan itu, tentera penceroboh Israel turut menyasarkan atlet dan kemudahan sukan Palestin, terutama pemain bola sepak, presiden kelab, pentadbir dan pengadil.

Sebanyak sembilan kemudahan sukan iatu masing-masing empat di Tebing Barat dan lima di Semenanjung Gaza musnah akibat serangan itu.

Selain itu, tiga atlet di Tebing Barat turut ditahan dan empat lagi atlet dilaporkan cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya