PROGRAM Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran lebih 1.6 juta kanak-kanak dijangka mengalami masalah kekurangan zat makanan atau malnutrisi yang serius pada tahun depan.
Malah, WFP menegaskan kanak-kanak di Sudan Selatan dijangka paling teruk terjejas.
Data mendedahkan masalah nutrisi itu diperoleh dari Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC). WFP memaklumkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun dijangka berdepan masalah kekurangan zat makanan itu pada 2024.
“Kawasan dilanda banjir menghadapi masalah malnutrisi yang paling teruk berikutan penularan penyakit bawaan air dan keadaan sesak. Ini diburukkan lagi dengan akses terhad kepada makanan dan sara hidup,” jelas WFP dalam kenyataan.
Berikutan itu, wilayah terjejas banjir di Sudan Selatan dijangka menghadapi tahap malnutrisi yang ekstrem pada separuh pertama tahun 2024, kata WFP.
Pengarah WFP di Sudan Selatan, Mary-Ellen McGroarty berpandangan ia merupakan realiti kehidupan semasa ketika berdepan krisis iklim.
Jelasnya, ketika ini, pihaknya sedang menyaksikan peningkatan yang sangat membimbangkan dalam masalah kekurangan zat makanan.
“Masalah itu disebabkan orang ramai hidup dalam keadaan penuh sesak dan kawasan dilanda banjir atau dinaiki air.
“Penularan penyakit bawaan air menjejaskan sebarang usaha dilakukan oleh agensi kemanusiaan dalam menangani dan merawat malnutrisi. Malah, kanak-kanak kecil yang mengalami impak paling paling teruk,” katanya.
Sementara itu, WFP menyatakan County Rubkona di Sudan dijangka disenaraikan dalam IPC Malnutrisi Akut Fasa 5 menjelang April tahun depan, buat kali pertama dengan mencapai tahap paling tinggi.
Menurut WFP, banjir itu disebabkan limpahan lembangan Nil terutamanya Tasik Victoria yang menerima taburan hujan melebihi purata pada tahun ini.
“Ini bermakna banjir besar itu tidak mungkin surut dalam masa terdekat,” jelas WFP.
– AGENSI
Lebih 1.6 juta kanak-kanak bakal alami malnutrisi
- Oleh SUSUNAN C. SHEILA RANI
- 10 Disember 2023, 4:15 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Ikut Machiavelli, ‘harimau dari perut’ atau taktikal
15 Disember 2024, 10:10 am
Jangan pinggirkan pendidikan inklusif
8 Disember 2024, 10:03 am
Melindungi pemberi maklumat rasuah
1 Disember 2024, 9:03 am