BAITULMUQADDIS: Israel memaklumkan tiga anggota tenteranya terbunuh dalam pertempuran di Gaza, hari ini.
Israel mendakwa, insiden itu menjadikan jumlah anggota tenteranya yang terkorban sejak 7 Oktober lalu adalah seramai 75 orang.
Zionis meningkatkan serangan di seluruh Gaza sejak dua hari lalu selepas gencatan senjata yang dipersetujui bersama Hamas tidak dilanjutkan.
Zionis di bawah pentadbiran Benjamin Netanyahu berikrar mahu melenyapkan Hamas di Gaza.
Perang sejak awal Oktober lalu menyaksikan lebih 16,000 penduduk Gaza terkorban dan hampir 40,000 cedera. – AFP