Kurung pengawal keselamatan dalam tandas sebelum rompak bank - Utusan Malaysia

Kurung pengawal keselamatan dalam tandas sebelum rompak bank

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan kumpulan perompak memasuki Punjab National Bank di Manipur, India. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kumpulan perompak bersenjata melarikan 18.85 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan.

Rompakan itu berlaku di cawangan Punjab National Bank di daerah Ukhrul, 80 kilometer dari ibu negeri Imphal, pada petang Khamis lalu, lapor media tempatan semalam.

Cawangan itu menyimpan wang tunai Reserve Bank of India untuk diedarkan kepada bank dan mesin juruwang automatik (ATM).

Perompak mengurung pengawal keselamatan dan pekerja di dalam bilik air sebelum melarikan wang dari bilik kebal, lapor Agensi Berita PTI.

Manipur yang bersempadan dengan Myanmar, kini dilanda konflik etnik sejak pertempuran meletus antara majoriti masyarakat puak Meitei dan Kuki-Zo pada Mei tahun ini.

Negeri itu juga berhadapan masalah pemberontakan.

Pada Rabu lalu, kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai United National Liberation Front (UNLF) bersetuju untuk menamatkan pemberontakan dalam ‘perjanjian damai’ penting dengan kerajaan India persekutuan dan pentadbiran Manipur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya