Korea Utara ugut musnahkan satelit pengintip AS - Utusan Malaysia

Korea Utara ugut musnahkan satelit pengintip AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara memberi amaran akan memusnahkan satelit pengintip Amerika Syarikat (AS) jika Washington cuba melakukan serangan ke atas aset angkasanya.

Jurucakap kementerian pertahanan berkata, Pyongyang akan menganggap tindakan sedemikian sebagai ‘pengisytiharan perang’.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pegawai AS berkata, Washington boleh menafikan keupayaan angkasa lepas dan ruang balas musuh menggunakan pelbagai cara, merujuk kepada kejayaan pelancaran satelit pengintip Korea Utara pada akhir November lalu.

“Tentera AS boleh menjejaskan keberkesanan pasukan musuh merentasi semua domain”, kata jurucakap Komando Angkasa AS, Sheryll Klinkel kepada Radio Free Asia awal minggu ini.

Pyongyang yang berang dengan kenyataan itu mengancam untuk memusnahkan satelit pengintip AS jika Washington cuba melanggar wilayah sah Korea Utara, merujuk kepada program satelitnya.

“Jika AS cuba untuk melanggar hak angkasa lepas, kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan responsif mempertahankan diri bagi menjejaskan atau memusnahkan daya maju satelit pengintip AS,” kata kementerian pertahanan Korea Utara dalam satu kenyataan.

Pakar berkata, meletakkan satelit peninjau yang berfungsi ke orbit akan meningkatkan keupayaan pengumpulan perisikan Korea Utara, khususnya mengenai Korea Selatan dan menyediakan data penting dalam sebarang konflik ketenteraan.

Sejak pelancaran minggu lalu, Kore Utara mendakwa satelitnya sudah menyediakan imej tapak tentera utama AS dan Korea Selatan namun tidak mendedahkan sebarang imej satelit yang didakwa dimilikinya.

Pelancaran Malligyong-1 oleh Korea Utara adalah percubaan ketiga Pyongyang meletakkan satelit sedemikian di orbit, selepas dua kegagalan sebelumnya.

Seoul berkata, Pyongyang menerima bantuan teknikal daripada Moscow sebagai balasan membekalkan senjata untuk digunakan dalam perang Russia dengan Ukraine.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya