Konflik Laut China Selatan: Manila panggil Duta China - Utusan Malaysia

Konflik Laut China Selatan: Manila panggil Duta China

KAPAL peronda China melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal Pengawal Pantai Filipina di kawasan pertikaian Laut China Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Kerajaan Filipina memanggil Duta China ke negara ini berikutan konfrontasi antara kedua-dua negara di kawasan pertikaian Laut China Selatan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Teresita Daza memberitahu, aduan mengenai ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sudah difailkan dan Duta China ke Filipina sudah dipanggil.

Terdahulu, beberapa video yang dikeluarkan oleh Pengawal Pantai Filipina menunjukkan kapal China melepaskan meriam air ke arah bot Filipina di kawasan Laut China Selatan.

Menurut pegawai Filipina, serangan dilakukan oleh kapal China di luar Scarborough Shoal itu menyebabkan kerosakan ketara pada peralatan komunikasi dan navigasi salah sebuah kapal milik Biro Perikanan dan Sumber Akuatik (BFAR).

Selain itu, berlaku juga pelanggaran melibatkan bot dari kedua-dua negara itu, menyaksikan Beijing dan Manila saling bertelagah.

Konfrontasi di Scarborough Shoal dan Second Thomas Shoal itu merupakan paling tegang antara Filipina dan China sejak beberapa tahun lalu.

China menuntut hampir keseluruhan kawasan di Laut China Selatan, termasuk kawasan perairan serta pulau berhampiran negara-negara jirannya.

Beijing juga tidak mengendahkan desakan tribunal antarabangsa supaya menghentikan sebarang tindakan provokasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya