Konflik Gaza: Afrika Selatan heret Israel ke ICJ

Konflik Gaza: Afrika Selatan heret Israel ke ICJ

SEJUMLAH jenazah rakyat Palestin yang terbunuh semasa pengeboman Israel di selatan Gaza, diletakkan di pekarangan hospital Al Najar di Rafah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dengan mendakwa rejim Zionis itu melakukan genosid atau pembunuhan beramai-ramai di Gaza.  

Afrika Selatan dalam permohonan kepada ICJ mendakwa Israel melanggar kewajipan di bawah Konvensyen Genosid.

Malah, permohonan kepada ICJ itu turut merujuk dakwaan bahawa Israel terlibat dan berisiko untuk terus melakukan lagi pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza. 

Berdasarkan permohonan itu, Afrika Selatan juga mendakwa Israel bertindak dengan `niat khusus’ untuk memusnahkan rakyat Palestin di Gaza sebagai sebahagian daripada penduduk etnik, kumpulan kaum dan penduduk wilayah berkenaan.

Dalam pemfailan itu, Afrika Selatan turut menggesa mahkamah untuk melindungi hak-hak rakyat Palestin daripada sebarang kemudaratan.

Afrika Selatan sejak dahulu lagi lantang dalam memperjuangkan isu Palestin, dengan parti pemerintah Kongres Nasional Afrika (ANC) sering mengaitkannya dengan perjuangan sendiri menentang apartheid.

Pretoria mengutuk sekeras-kerasnya tindak balas Zionis terhadap serangan mengejut Hamas dan memanggil semula semua diplomat dari Israel.  

Israel pula memanggil semula diplomat termasuk duta besar di Afrika Selatan.

Keputusan dibuat oleh ICJ, yang menilai pertikaian antara negeri, adalah muktamad, namun ia tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan keputusannya.

ICJ boleh memerintahkan langkah-langkah kecemasan sementara menunggu penyelesaian penuh kes, yang mana boleh mengambil masa bertahun-tahun.

Bulan lalu, lima negara termasuk Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) melakukan siasatan ke atas jenayah perang yang dilakukan oleh Israel.

Ketua pendakwa raya ICC, Karim Khan berkata, Afrika Selatan, Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti yang merupakan anggota ICC menuntut siasatan terhadap situasi semasa di Gaza.

Sementara itu, Israel menolak dakwaan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Jurucakap Kementerian Luar, Lior Haiat menerusi catatan di aplikasi X memaklumkan Israel menolak ‘fitnah jijik’ disebarkan oleh Afrika Selatan dalam permohonan kepada ICJ. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya