Kiub rubik terbesar dunia dibina di Dubai

Kiub rubik terbesar dunia dibina di Dubai

KIUB rubik terbesar dunia dibina di Dubai Knowledge Park. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sebuah hab zon bebas di bandar ini, Dubai Knowledge Park meraikan ulang tahun ke-20 penubuhannya dengan mencipta kiub rubik paling besar di dunia.

Kiub rubik berukuran 3x3x3 seberat lebih 300 kilogram (kg) itu memperoleh pengiktirafan Rekod Dunia Guinness.

Lapor UPI News, Dubai Knowledge Park membina kiub rubik berfungsi yang berukuran 298.7 sentimeter (sm) pada setiap sisi.

“Kiub rubik itu terdiri daripada 21 gentian kaca yang masing-masingnya setinggi hampir satu meter.   

“Malah, berat kiub gentian kaca pula melebihi 299.3kg,” jelas laporan. 

Dilaporkan, Dubai Knowledge Park menempatkan kira-kira 700 institut pengajian tinggi, akademi vokasional dan pusat latihan.

Objek itu dinilai oleh pegawai Rekod Dunia Guinness dan disahkan sebagai kiub rubik terbesar dunia.

Sementara itu, Dubai Knowledge Park dalam satu kenyataan memaklumkan kuib rubik terbesar dunia itu kini dibuka kepada orang ramai.   

“Kiub rubik itu dibina untuk memaparkan pendekatan pembelajaran sepanjang hayat di Dubai Knowledge Park.

“Ia secara tidak langsung menunjukkan setiap langkah mewakili kemahiran baharu yang diperoleh, tugas rumit diberikan dan jurang pengetahuan diisi,” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya