Kerajaan AS sibuk tolong Israel, rakyat desak henti perang

Kerajaan AS sibuk tolong Israel, rakyat desak henti perang

PESERTA protes dari kumpulan ‘Jewish Voice for Peace’ menghalang lalu lintas di sebuah lebuh raya di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS). - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADELPHIA: Aktivis Yahudi yang menuntut gencatan senjata dalam perang Israel di Gaza mengadakan bantahan semalam di lapan bandar di Amerika Syarikat (AS), pada malam kelapan perayaan Hanukkah yang diraikan kaum itu.

Bantahan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di Washington serta Philadelphia.

Di Washington, kumpulan ‘Jewish Voice for Peace’ atau Suara Yahudi Untuk Keamanan, berkata kira-kira 90 penunjuk perasaan menyekat jejantas ke New York Avenue di bahagian barat laut ibu negara AS.

“Pada malam kelapan perayaan Hanukkah, kami berkumpul di lapan bandar dan lapan jambatan.

“Kami juga berkumpul di seluruh negara dalam jumlah yang besar dan semakin meningkat, tidak perlu berkata apa-apa lagi mengenai tindakan kami,” jelas mereka di platform X.

Polis berkata, demonstrasi itu menutup persimpangan New York Avenue dan North Capitol Street dan menggesa orang ramai menggunakan laluan alternatif.

Demonstrasi juga berlaku di Boston, Atlanta, Chicago, Minneapolis, Seattle dan Portland, Oregon.

Di Philadelphia, kira-kira 200 penunjuk perasaan memegang papan tanda dan sepanduk yang tertera ‘Biar Gaza Hidup’ dan ‘Bukan Atas nama Kami’, hingga menyebabkan Lebuh Raya I-76 tersekat dan lebih daripada 30 tangkapan dibuat.

Rabu lalu, aktivis antiperang menyekat lalu lintas di lebuh raya Los Angeles yang sibuk pada waktu pagi.

Malah, beberapa kakitangan daripada pentadbiran Biden turut mengadakan protes menuntut gencatan senjata di Gaza.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Semenanjung Gaza, ketika Israel masih berkeras berikrar untuk memusnahkan pejuang Hamas.

Peperangan di Gaza juga membawa kepada protes pro-Palestin dan pro-Israel di AS sejak 7 Oktober apabila Hamas, kumpulan pejuang Palestin yang memerintah Gaza menyerang Israel.

Sejak itu, tentera Israel bertindak balas, menyebabkan hampir 19,000 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut pegawai Kementerian Kesihatan Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya