Kematian tentera Israel dua kali ganda lebih tinggi berbanding 2014

Kematian tentera Israel dua kali ganda lebih tinggi berbanding 2014

PENDUDUK Palestin membawa bendera Hamas ketika melakukan protes menentang serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza di Ramallah, Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Jumlah korban tentera Israel di Gaza hampir dua kali ganda lebih ramai berbanding operasi ketenteraan Zionis di wilayah itu pada 2014.

Situasi itu secara tidak langsung menunjukkan bagaimana kumpulan pejuang Hamas berjaya merangka strategi perang sehingga mengakibatkan ramai tentera Zionis terkorban.

Pakar ketenteraan, komander tentera Israel dan sumber Hamas menjelaskan bagaimana Hamas menggunakan bekalan senjata yang banyak, selain mempunyai kepakaran mengenai bentuk muka bumi Gaza dan rangkaian terowong yang sukar ditembusi Zionis.

Sejak Israel memulakan operasi ketenteraan di Gaza pada Oktober lalu, sekurang-kurangnya 110 orang askarnya terbunuh, selain menyaksikan banyak jentera perang milik mereka dimusnahkan Hamas.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding 2014 yang menyaksikan 66 tentera Zionis terbunuh, namun pada masa itu, niat mereka bukan mahu menghapuskan Hamas.

Bagaimanapun, tentera Israel enggan membandingkan situasi terkini dengan perang 2014 dengan alasan, kali ini mereka masuk lebih jauh ke dalam Gaza.

Seorang bekas tentera Israel, Yaacov Amidror berkata, tentera Zionis hingga kini masih belum dapat merungkaikan sistem terowong Hamas, malah terowong itu semakin berkembang.

Dalam pada itu, sumber Hamas memberitahu, anggota pejuangnya melakukan gerakan paling hampir yang boleh untuk melancarkan serang hendap terhadap tentera Zionis dan strategi itu menyebabkan kematian ramai tentera Israel.

Dengan kelebihan menguasai bentuk muka bumi Gaza, pertempuran dengan Zionis tidak menjadi ‘situasi terlalu sukar’.

Tentera Zionis pula hanya bergantung dengan senjata canggih, namun tidak mempunyai kepakaran seperti Hamas.

Hamas sehingga kini tidak mendedahkan berapa jumlah anggotanya yang terkorban, namun Israel memaklumkan tenteranya sudah membunuh 7,000 pejuang Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya