Keadaan di Gaza semakin teruk setiap jam

Keadaan di Gaza semakin teruk setiap jam

PENDUDUK Palestin yang melarikan diri dari Khan Yunis tiba di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza semakin buruk dan teruk setiap jam.

Wakil WHO di wilayah Palestin yang dijajah, Richard Peeperkorn memberitahu media melalui pautan video dari Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa, bahawa jumlah penduduk yang berpindah dari tengah dan selatan Gaza terus meningkat, lapor Palestine News and Information Agency (WAFA).

Katanya, situasi semakin teruk dengan serangan bom terus meningkat di merata tempat, termasuk di kawasan selatan.

“Orang ramai terdesak dan mengalami trauma serta kejutan yang amat teruk. Kami berhadapan keadaan paling buruk.

“Keutamaan kami sepatutnya menghantar secara berterusan bekalan perubatan dan trauma ke Gaza biarpun berdepan kesukaran,” katanya.

Peeperkorn memaklumkan, jumlah bantuan yang berjaya dibawa oleh WHO ke Gaza ‘terlalu kecil’ dan amat tidak mencukupi untuk keperluan penduduknya.

Daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza, hanya 18 yang beroperasi dengan kapasiti terhad. Tiga menyediakan pertolongan cemas asas sahaja, manakala selebihnya menawarkan perkhidmatan separa.

Sebanyak 12 daripada hospital yang berfungsi ini terletak di wilayah selatan dengan hanya terdapat 1,400 katil hospital yang tersedia di Gaza, jauh berkurangan berbanding 5,000 katil yang sasarkan oleh WHO.

Peeperkorn berkata, sejak permulaan perang, terdapat 120,000 jangkitan pernafasan akut, hampir 26,000 orang dengan kudis dan kutu, 86,000 kes cirit-birit termasuk 44,000 dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun.

Sementara itu, kira-kira 1,150 kes jaundis serta kes cacar air, ruam kulit dan meningitis juga direkodkan.

Sekurang-kurangnya 16,248 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 43,616 cedera dalam serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti di kawasan itu sejak 7 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya