Kanada naikkan syarat kos hidup pelajar antarabangsa mulai tahun depan - Utusan Malaysia

Kanada naikkan syarat kos hidup pelajar antarabangsa mulai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Kerajaan Kanada bakal memperkenalkan syarat baharu kos sara hidup untuk pelajar antarabangsa yang akan tiba pada 1 Januari 2024, lapor Xinhua.

Menteri Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Marc Miller dalam satu kenyataan berkata seorang pemohon tunggal perlu mempunyai sejumlah 20,635 dolar Kanada (AS$15,181) sebagai tambahan kepada yuran pengajian tahun pertama dan kos perjalanan.

Sebelum ini, syarat kos sara hidup bagi pemohon permit pengajian ditetapkan pada 10,000 dolar Kanada (AS$7,357).

“Keperluan kewangan tidak seiring dengan kos sara hidup dari semasa ke semasa, menyebabkan pelajar yang tiba di Kanada mempunyai dana yang tidak mencukupi,” menurut kenyataan itu.

Miller berkata keperluan itu akan diselaraskan setiap tahun apabila Statistics Canada mengemas kini low-income cut-off (LICO). LICO mewakili pendapatan minimum yang diperlukan untuk memastikan bahawa seseorang tidak perlu memperuntukkan kos lebih tinggi.

“Dalam menerima ketibaan pelajar antarabangsa, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pelajar mendapat sokongan yang diperlukan apabila mereka datang ke negara kita,” kata Miller.

Beliau berkata menjelang semester September 2024, beberapa langkah akan dilaksanakan, termasuk sekatan visa bertujuan untuk memastikan institusi pengajian yang ditetapkan menyediakan sokongan dan bantuan yang secukupnya untuk pelajar.

Sektor pendidikan antarabangsa menyumbang lebih 22 bilion dolar Kanada (AS$16 bilion), melebihi eksport dalam sektor alat ganti kereta, kayu balak atau pesawat dan menyediakan lebih 200,000 pekerjaan di Kanada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya