MOSCOW: Sebuah pesawat Antonov-24 era Soviet yang membawa 30 penumpang mendarat di sungai beku berhampiran lapangan terbang di timur jauh Russia gara-gara kesilapan juruterbang.
Pendakwa Raya Pengangkutan berkata, Polar Airlines An-24 selamat mendarat di sungai Kolyma berhampiran Zyryanka di wilayah Yakutia.
“Menurut maklumat awal, punca kejadian penerbangan adalah kesilapan kru dalam mengendali pesawat itu ,” kata jurucakap Pendakwa Raya pengangkutan Siberia Timur dalam satu kenyataan.
Pendakwa Raya menerbitkan gambar pesawat itu di sungai beku dengan akhbar Izvestia menyiarkan gambar penumpang turun.
“Pesawat An-24 mendarat di luar landasan lapangan terbang Zyryanka.
“Tiada kemalangan jiwa,” kata Polar Airlines dalam satu kenyataan ringkas.- REUTERS