Jurukamera Al Jazeera terbunuh ketika buat liputan konflik Gaza

Jurukamera Al Jazeera terbunuh ketika buat liputan konflik Gaza

JURUKAMERA Samer (kiri) maut manakala ketua biro Gaza, Wael Al-Dahdouh cedera ketika membuat liputan di Semenanjung Gaza. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Seorang pengamal media terbunuh manakala rakan sekerjanya cedera dalam serangan Israel ketika membuat liputan di Semenanjung Gaza, lapor rangkaian Qatar.

Portal Al Jazeera pada mulanya melaporkan bahawa jurukamera, Samer Abu Daqqa dan ketua biro Gaza, Wael Al-Dahdouh cedera di sebuah sekolah di Khan Yunis.

Jelas laporan itu, kedua-dua individu itu terkena serpihan peluru berpandu yang dilancarkan tentera Israel di kawasan tersebut.

Dalam satu kenyataan berasingan, Al Jazeera mengecam serangan dron milik tentera Israel itu sehingga mengorbankan dan mencederakan pengamal media mereka.

“Samer cedera parah dan mengalami pendarahan selama lebih lima jam sebelum meninggal dunia.

“Ia selepas tentera Israel menghalang ambulans dan pekerja penyelamat daripada merawatnya sekali gus menghalang rawatan kecemasan yang sangat diperlukan,” jelas kenyataan itu.

Menurut seorang wartawan AFP, Wael pula mengalami kecederaan di lengan dan dipindahkan ke Hospital Nasser di Khan Yunis.

Dalam kemas kini berita, Al Jazeera melaporkan Wael sempat meninggalkan kawasan serangan untuk mencari bantuan bagi Samer.

Namun, apabila Wael sampai ke ambulans, pasukan paramedik memaklumkan mereka tidak dapat masuk ke lokasi serangan berikutan terlalu bahaya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya