Jumlah korban gempa bumi di barat daya China bertambah

Jumlah korban gempa bumi di barat daya China bertambah

PASUKAN penyelamat sedang mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di kampung Kangdiao, Dahejia, wilayah Gansu di barat laut China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 118 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam gempa bumi yang mengakibatkan bangunan runtuh di barat laut China, lapor media kerajaan.

Pasukan penyelamat kini berusaha untuk mencari mangsa di bawah runtuhan dalam keadaan cuaca sejuk beku.

Menurut pegawai tempatan, sekurang-kurangnya 105 maut dan hampir 400 cedera di wilayah Gansu, selepas gegaran yang kuat dan kedalaman cetek melanda sekitar tengah malam.

Berdasarkan laporan penyiar kebangsaan CCTV, seramai 13 lagi maut, 182 cedera manakala 20 lagi hilang di bandar Haidong di wilayah Qinghai berdekatan.

Gempa bumi itu mengakibatkan beribu-ribu kediaman mengalami kerosakan besar termasuk rumah runtuh, selain menyebabkan orang ramai berlari ke jalanan untuk menyelamatkan diri.

Rakaman penyiar CCTV menunjukkan harta benda keluarga kelihatan berada antara serpihan batu berselerak dari sebuah rumah yang runtuh semasa gempa bumi.

Gempa bumi itu merupakan yang paling teruk di China sejak gempa 2014 meragut lebih 600 nyawa di barat daya wilayah Yunnan.

Semalam, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC) memaklumkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda pada kedalaman cetek kira-kira pukul 11.59 malam (waktu tempatan), dengan pusat gempa sekitar 100 kilometer (km) dari ibu kota wilayah Gansu, Lanzhou.

Agensi berita Xinhua pula melaporkan, barat laut China dilanda gempa berukuran 6.2 magnitud dan gegaran dirasai sejauh bandar utama Xi’an, kira-kira 570km jauhnya.

Puluhan gegaran susulan lebih kecil menyusuli dan pihak berkuasa memberi amaran gegaran dengan ukuran lebih 5.0 magnitud dijangka berlaku dalam beberapa hari akan datang.

Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud yang dilaporkan oleh USGC dikesan lebih jauh ke barat laut di wilayah Xinjiang.

Pegawai wilayah memaklumkan kira-kira 5,000 rumah rosak akibat gempa bumi di Gansu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya