SEOUL: Sebuah jet pejuang F-16 milik tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terhempas ketika menjalani latihan ketenteraan dengan juruterbangnya berjaya keluar dari pesawat.
“Jet itu terhempas di laut selepas berlepas dari pangkalan udara di Gunsan, 178 kilometer ke selatan Seoul,” lapor agensi berita Yonhap.
Juruterbang yang ‘eject’ keluar dari pesawat itu sudah pun diselamatkan.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan enggan mengulas mengenai insiden itu. – AFP